 |
Iklaneka |
 |
|
 |
Menu Utama |
 |
|
 |
Menu Pengguna |
 |
|
 |
Jom Chat |
 |
|
 |
Chat IMassenger |
 |
| Anda perlu login untuk menggunakannya |
|
|

Kategori utama Resepi
Di sini ada 284 Resepi dan 5 Kategori Di dalam database kami |
|
 |
|
 |
Di sini ada 5 Kiriman Terakhir Di Laman Kami :
| |
Biskut Kissley Di kirim pada Ogos 04, 2009 20:07:09 Oleh webmaster |
| |
Bahan-bahan:
150 gm mentega
150 gm gula merah
200 gm tepung gandum
75 gm mentega kacang
50 gm kelapa kering
2 biji telur
Cara menyediakan:
1. Pukul mentega dan gula merah
2. Kemudian masukan telur dan kacau hingga sebati
3. Setelah itu masukan kelapa kering, tepung gandum dan mentega kacang
4. Uli adunan hingga menjadi doh. Canai dan terapka dengan acuan. Akhir sekali bakar pada suhu 18⁰C selama 15 hingga 20 minit
|
 |
|
|
|
| |
Biskut Linzer Di kirim pada Ogos 04, 2009 20:06:17 Oleh webmaster |
| |
Bahan-bahan:
300 gm mentega
215 gm gula
200 gm serbuk hazelnut
300 gm tepung
5 biji telur
1 sudu esen vanila
Serbuk kulit kayu manis
Cara menyediakan:
1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu
2. Kemudian masukan telur satu persatu bersama esen vanila
3. Setelah itu masukan serbuk hazelnut, tepung dan serbuk kulit kayu manis
4. Uli adunan sehingga menjadi doh. Canai terapkan dengan acuan bentuk sampan. Akhir sekali bakar pada suhu 180⁰C selama 15 hingga 20 minit
|
 |
|
|
|
| |
Biskut De Lemonz Di kirim pada Ogos 04, 2009 20:05:18 Oleh webmaster |
| |
Bahan-bahan:
250 gm mentega
200 gm gula
350 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
2 biji telur
1 biji lemon (parut kulitnya)
1 sudu kecil esen vanila
Ceri merah (potong kecil)
Cara menyediakan:
1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu
2. Masukan telur dan esen vanila, kacau hingga rata
3. Setelah itu masukan tepung jagung, tepung gandum dan kulit lemon yang diparut
4. Uli adunan sehingga menjadi doh. Canai dan terapkan dengan acuan bentuk bulat. Hiaskan ceri merah diatas biskut dan bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 180⁰C
|
 |
|
|
|
| |
Biskut Chocky Di kirim pada Ogos 04, 2009 20:04:46 Oleh webmaster |
| |
Bahan-bahan:
250 gm mentega
150 gm gula
300 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil susu tepung
serbuk koko
Cara menyediakan:
1. Pukul mentega sehingga kembang. Kemudian masukan telur
2. Setelah adunan sebati masukan susu tepung dan tepung gandum
3. Uli adunan sehingga menjadi doh. canai dan terapkan dengan acuan. Bakar pada suhu 180⁰C selama 15 hingga 20 minit
|
 |
|
|
|
| |
Biskut Snowfall Di kirim pada Ogos 04, 2009 20:04:08 Oleh webmaster |
| |
Bahan-bahan:
300 gm mentega
175 gm gula
2 biji kuning telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
Mangkuk kertas
Cara menyediakan:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang
2. Kemudian masukan kuning telur dan esen vanila
3. Kacau hingga rata dan masukan tepung gandum bersama tepung jagung
4. Setelah itu masukan kedalam mangkuk kertas dan bakar pada suhu 180⁰C selama 15 hingga 20 minit
|
 |
|
|
|
|
 |
|
 |
|
|