 |
Iklaneka |
 |
|
 |
Menu Utama |
 |
|
 |
Menu Pengguna |
 |
|
 |
Jom Chat |
 |
|
 |
Chat IMassenger |
 |
| Anda perlu login untuk menggunakannya |
|
|

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan
air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang
tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut
sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di
atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.
|
Dikirim oleh webmaster pada Monday, 23 August 2010 (23 kali dibaca)
(komen? | Pengetahuan Islam | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
 |
Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 |
 |
tingkat5 shoppe menulis "Adakah anda sedang mencari....
@Kertas Soalan RAMALAN Matematik 2010 ? @KOLEKSI Kertas Soalan PERCUBAAN NEGERI Seluruh Malaysia? @KOLEKSI Kertas Soalan Peperiksaan SEBENAR 2003-2009? @KOLEKSI Kertas Soalan Percubaan BERASRAMA PENUH (SBP)? @KOLEKSI Kertas Soalan Percubaan MRSM?
Jika Ya!Tindakan anda adalah tepat……..
[+] Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010
Anda/anak anda ada lagi 3 Bulan sebelum peperiksaan bermula !
UPSR : 21 – 23 September 2010 PMR : 5 – 12 Oktober 2010 SPM : 22 November – 16 Disember 2010
Tahukah Anda!
- 90% Pelajar Cemerlang Matematik mengatakan mereka mengulang kaji dengan membuat latih tubi.Soalan-soalan Peperiksaan SEBENAR tahun-tahun lepas secara berulang-kali
- Kebanyakan pelajar TIDAK TAHU Soalan mana perlu didahulukan dan Soalan mana perlu dikemudiakan untuk dijadikan latihan.
- Kebanyakan pelajar TIDAK TAHU bahawa Soalan Peperiksaan sebenar hanya dipusing - pusing sedikit sahaja dari sebelumnya.
- Kebanyakan pelajar TIDAK TAHU bahawa Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri,sbp dan lain2 adalah Soalan Ramalan dan Soalan latihan terbaik untuk dijadikan bahan latih tubi.
- Kebanyakan pelajar tidak didedahkan dari awal soalan-soalan BERTARAF PEPERIKSAAN.Tidak semua buku latihan di kedai-kedai buku berkualitidan ada sesetengah soalan latihannya tidak setaraf pun dengan soalan peperiksaan.
Penyelesaianya Kami memahami kehendak anda. Dalam usaha memantapkan pemahaman pelajar dalam subjek Matematik, memperkenalkan ebook Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 bagi Semua peringkat iaitu Matematik Moden dan Matematik Tambahan bagi SPM,Matematik PMR dan juga Matematik UPSR.Selain kertas soalan ramalan anda juga akan dibekalkan koleksi soalan-soalan percubaan negeri dan soalan soalan peperiksaan sebenar secara PER*****A untuk anda.!!
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari [+] Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010
"
|
Dikirim oleh webmaster pada Monday, 07 June 2010 (96 kali dibaca)
(komen? | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,
tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.
Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...
|
Dikirim oleh webmaster pada Saturday, 05 June 2010 (87 kali dibaca)
(komen? | Pengetahuan Islam | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
Assalamu`alaikum wbh
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wasalam
|
Dikirim oleh webmaster pada Monday, 31 May 2010 (97 kali dibaca)
(komen? | Pengetahuan Islam | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
 |
Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah |
 |
(DOA YANG SERING TERLUPA UNTUK DIPOHON SESUDAH SOLAT DAN SENANTIASA)
Assalamualaikum,
"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ [101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
Surah Yusuf
Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.
Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ", balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib. Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa, Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah....... ......
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.
|
Dikirim oleh webmaster pada Wednesday, 12 May 2010 (149 kali dibaca)
(komen? | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang terbaik ialah LAA ILA HA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar (minta keampunan)."
SUNNAH NABI YG MENJADI IKUTAN LELAKI BERBANDING DGN YG LAIN
begitulah resam dunia alim ulama zaman la ni..berkata hanya utk membolehkan agar apa yg dilakukan kelihatan elok di mata masyarakat.. .
sunnah... POLIGAMI
Memang terdapat sepotong ayat dalam Al Quran mengenai perintah tersebut. Yang menjadi masalah konsep adil itu yang di tafsir oleh kebanyakan para isteri di zaman ini. Fenomena ramai wanita tidak bersuami ? kerana bilangan mereka melebihi lelaki dan ramai pula lelaki tidak mampu beristeri kerana tiada kerja untuk menyara hidup maka pastinya bilangan wanita yang gagal bersuami mungkin akan bertambah dari sehari kesehari. Oleh kerana ? 99.9% wanita "menentang" poligami maka fenomena ini akan terus menerus berlaku dan ianya mungkin antara penyumbang kepada masalah penzinaan.
Bagaimanapun lelaki dibenarkan kahwin satu hanya jika mereka dapat berlaku adil. Yang menjadi masalah dan persoalanya sekarang kebanyakkan lelaki kini sebelum rancang membuka cawangan baru sudah menunjukkan sikap tak adil, lupa diri dan gagal menjalankan tanggungjawab dan mempamirkan segala perilaku buruk terhadap isteri dan anak anak, lalu timbul pula gejala kepincangan rumahtangga. Anak anak menjadi mangsa. Manakah lebih penting melahirkan generasi yang bertamadun dan berkauliti atau
Kerap membina keluarga tapi bersepah sana sini.
MATLAMAT YANG SEBENAR BERPOLOGAMI DIAKHIR ZAMAN ADALAH BERBEZA DGN KEADAAN ZAMAN DAHULU, mereka lebih mementingkan diri sendiri hawa nafsu dari memperjuangkan nasib, agama dan bangsa, lebih lebih lagi keluarga mereka sendiri.
itu sebab kita kena tahu kenapa rasul kata jika mampu khawinlah 2,3,4
jjika tak ampu khawin lah 1.
itu sebab rasul khawin 1 sebab ketika itu beliau tak mampu..hinggalah khadijah wafat barulah
belaiau berkhawin dgn yg lain lain.
kenapa?
ceritanya kamu perlu adil dan saksama....tika rasul khawin dgn khadijah, baginda adalah perkerja dan khadijah majikan....maka rasul dan khadijah hidup bersama dlm senang dan susah serta bahagia.
sebab apa rasul tak khawin saja lepas berjaya sebagai pedagang...
kerna ketika susah hanya khadijah yg rasai....sekiranya baginda khawin satu lagi ketika itu makanya tiada keadilan dan saksama pasal jika baginda khawin isteri baru baginda tak merasai saat susah ..
itulah yg berlaku skrg ini...baik suami atau isteri bila senang bersama bila susah minta pisah
begitu juga suami bila susah bersama isteri, bila senang tambah isteri....
Isteri-isteri yang "menentang" poligami ini (termasuklah isteri saya) mungkin merasakan kehidupan kita ini ? segalanya sekadar di dunia maka mereka tamak dalam serba serbi termasuk kasih sayang. Mungkin sebahagian isteri ada hujah untuk tidak membenarkan suami berpoligami tapi ada yang suami mampu tapi masih tidak membenarkan suami berbuat demikian. Sebut saja nak kahwin dua atau tiga apa yang mereka minta ialah cerai. Baru-baru ini saya katakan kepada isteri saya yang saya cukup sayang kepada dia lalu dia jawab katanya kalau macam tu amanlah rumahtangga!! Saya bimbang jawapan tersebut lalu menegornya agar jangan berkata demikian sebab apa yang diamalkan Nabi SAW semuanya mempunyai hikmah termasuk berpoligami (sekadar yang dihadkan). Ianya adalah Sunnah dan menolak sunnah adalah sesat. Nabi SAW tidak lakukan jika ianya punca rumahtangga tidak aman. Nabi juga berkhawin atas sebab sebab tertentu bukan nafsu.
Mengapa rumahtangga tidak aman saya rasa kerana tahap kefahaman dan iman isteri dan suami amat rendah. Tidak dinafikan ramai juga para suami mungkin tidak dapat berlaku adil dari berbagai segi aspek-aspek lain.
ITU SEBABNYA MEREKA TAK NAK KONGSI2
Manyak syok lo poligami, ini malam lain rasa, esok malam lain rasa, lusa malam lain jugak……Saya nak jugak berpoligami nii…tapi tak dapat, kompom isteri tak sain punya.
Tapi bila kita duduk sorang2……menung2 dan muhasabah diri, jawapannya BAIK JANGANLAH. Kita takkan seadil Nabi Muhamad SAW……MESTI BANYAK SILAP dari betulnya. Bab poligami semua cakap sunnah nabi , tapi nabi berpoligami selepas kematian ISTERI TERCINTANYA Siti Khadijah ( jadi terpaksalah tunggu isteri pertama meninggal dulu )…kemudian nabi kahwin kesemuanya janda kecuali Aisyah……tapi kita terbalik JANTAN dah 50 tahun kahwin anak dara 20 an. Macamana tuuuuuu…?????. Tertanggung ke kemahuan batin bini2 tuu???. Dari no 1 ke 4, akhir cerita bini 1 dapat sebulan sekali tapi bini 4 dapat sebulan 3 atau 4 kali . Adil ke ?????. Itupun kalau larat lagi… Nak jadi cerita bini2 tua buat jahat kerana nafkah batin terabai……salah memang salah bini2 tua tapi siapa penyebabnya ?????. Takkan nak lepas tangan kot ?????. Sana sini bini2 punya dosa kita tanggung. , bagaimana pula kalau anda dapat tahu anda diduakan, meletop satu badan, begitu juga perasaan mereka
Muhasabah diri dulu sebelum lakukan……biasanya lelaki pendek akal tentang poligami maksudnya nak ajeeeeee……yang menderita adalah perempuan, yang tak berkenan mengenai pasangan masing masing bawalah berbincang, tiada perkara yang tak dapat diselesaikan, semuanya di atas usaha kita jika ingin keluarga bahagia, kalau niat di hati ikhlas inginkan sesuatu kearah kebaikkan memang tak mustahil Allah itu akan membantu. Buat yg disuruh, tinggalkan yg menjadi larangannya, insyaallah. NOTHING IS 100% perfect either u or your life partner.
PENGALAMAN JADI PENGAJARAN .
Wallahua'lam
|
Dikirim oleh webmaster pada Wednesday, 12 May 2010 (130 kali dibaca)
(komen? | Pengetahuan Islam | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
Diriwayatkan pada satu hari, Isteri Rasulullah SAW yakni Saidatina Aisyah ingin mengetahui mengapa Baginda bersabda bahawa ramai wanita, terutama yang bergelar isteri menjadi penghuni neraka. Baginda kemudiannya bersabda:
* Ada wanita yang tidak sabar menghadapi kesusahan, kesakitan, dan dugaan seperti kesakitan melahirkan anak, melayan suami, dan melakukan kerja rumah.
* Ada isteri yang tidak memuji dan tidak bersyukur di atas kemurahan Allah SWT yang didatangkan melalui suaminya hingga ada isteri tidak berterima kasih di atas apa juga pemberian suaminya.
* Ada wanita ingkar terhadap nikmat Allah SWT, Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yang mengatakan: “Sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tetapi tidak ada apa-apa pun”.
* Ada isteri suka bercakap perkara yang sia-sia, seperti mengumpat dan bercakap mengenai hiasan dan perabot rumah.
* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang menyebabkan mereka sering terpedaya dengan pujuk rayu lelaki, rakan, jiran, dan terpengaruh dengan kemewahan duniawi.
Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada didalam keadaan susah atau senang (kecuali yang ditegah agama).
Isteri yang berhias diri untuk suami, menambah ilmu agama, sentiasa menjaga diri, dan rumah tangga, selain selalu melakukan sesuatu yang menyenangkan hati suami adalah amalan yang baik yang dituntut agama.
Isteri derhaka
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”
(al-Bukhari)
Huraian
1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: “Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
4. Rasulullah bersabda: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.” (Riwayat Al Bazzar).
Tanda ISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga.”
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
|
Dikirim oleh webmaster pada Tuesday, 27 April 2010 (352 kali dibaca)
(komen? | Pengetahuan Islam | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
 |
DAPATKAN PRODUK AJAIB I-FLASK MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT |
 |
wongjowo menulis "Batu permata Tourmaline yang berkhasiat digunakan di dalam i-flask untuk mendapatkan air minuman yang lembut, berion negative dan bersifat alkali dalam masa yang singkat. Terbukti berkesan membantu merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh keasidan tinggi dalam tubuh seperti gout, kencing manis, darah tinggi, migrain, kolesterol tinggi, sakit gigi, radiasi komputer dll. Ringan, senang dibawa kemana-mana dan penyediannya mudah. Tuangkan air ke dalam flask dan goncangkan untuk beberapa saat dan sedia untuk diminum.
Pakej AGENT = RM 300 ( 1 Lot , 1 Produk dan maksima pendapatan RM600 sehari)
Pakej MANAGER = RM 900 ( 3 Lot , 3 Produk dan maksima pendapatan RM 3000 sehari )
Pakej DIAMOND = RM 21000 ( 7 Lot, 7 Produk dan maksima pendapatan RM 14,000 sehari )
BONUS TAJAAN
Anda akan mendapat bonus ini setiap kali anda menaja downline. Jika anda AGENT, anda juga boleh menaja MANAGER dan DIAMOND. Berikut BONUS yang akan anda perolehi jika menaja ahli dibawah naungan anda :
1. AGENT – RM50.00
2. MANAGER – RM150.00
3. DIAMOND – RM350.00
BONUS PASANGAN (PAIR)
Jika ada pasangan pada downline anda atau ahli dibawah downline anda, anda akan mendapat RM30.00 sepasang. Bayangkan terdapat 30 pair terjadi dalam satu hari. anda akan mendapat RM900.00. Jika sebulan? semuanya anda tentukan.
MATCHING BONUS
ANDA
A (Downline level 1)- 10% keuntungan Downline A akan anda perolehi
B (Downline level 2)- 5% keuntungan Downline B akan anda perolehi
C (Downline level 3)- 5% keuntungan Downline C akan anda perolehi
WOW...nak tau camne DL GROUP buat PASIF INCOME???
"Isk...mcm xcaya je...kuar 100 dpt 1k...kuar 1k dpt 5k....erm...bila plak nk kuar 10k dpt 100k?? Best gilerrr....
ambil masa 3bulan je...."- Tinggalkan fon no di inbox saya atau add jameel_jbs@yahoo.com
http://dl-group.webs.com/
call/sms ke
jamil
0197083458
Azli
017 2969533"
|
Dikirim oleh webmaster pada Tuesday, 13 April 2010 (94 kali dibaca)
(komen? | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
 |
Ada Orang Sayang Awak... |
 |
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..
8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..
|
Dikirim oleh webmaster pada Wednesday, 31 March 2010 (104 kali dibaca)
(Baca lagi... | 1 komen | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
 |
12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang... |
 |
12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.
11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.
2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.
1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.
BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....
|
Dikirim oleh webmaster pada Wednesday, 31 March 2010 (125 kali dibaca)
(komen? | Kutipan: 0) |
 |
|
 |
|
|
 |
Kad Ucapan |
 |
|
 |
Link Top10 |
 |
|
 |
Jam |
 |
|
 |
Laman Top10 |
 |
|
 |
Jom Sembang |
 |
|
 |
Jadual Solat |
 |
|
|